SATU Inisiatif yang menarik untuk mengisi masa lapang ialah menubuhkan kelab berdasarkan kepada seni kebudayaan khusus untuk golongan pelajar.
Inilah yang ditonjolkan melalui Kelab Sciensess yang ditubuhkan setahun lalu adalah idea terbaik untuk mengumpul pelajar dalam memperjuangkan seni dan budaya.
Orang yang bertanggungjawab dalam merealisasikan penubuhan kelab tersebut ialah Presiden Persatuan Pelajar Sains Universiti Islam Antarabangsa, Ahmad Lutfi Lokman.
Ahmad Lutfi berkata, kelabtersebut sebenarnya bermula di Gombak dan berpindah ke Kuantan pada tahun lepas.
"Kelab ini lama bergiat aktif di Gombak dan kemudian dipindahkan ke sini untuk menguruskan kuliah dan kelab di Kuantan.
"Jumlah ahli kelab ini tidak tetap dan tidak ada had. Semua pelajar sains terutamanya boleh menyertai kelab ini” katanya.
Menariknya tentang kelab tersebut ia seolah-olah seperti kelab Rakan Muda yang mempunyai banyak cabang.
"Terdapat tujuh cabang atau unit di bawah kelab ini iaitu Perhubungan Awam, Sukan dan Rekreasi, Pembangunan Latihan dan Karier, Penyelidikan dan Pembangunan, Specialitis dan Ekonomik, Hubungan Islam dan Informasi serta Komunikasi.
"Kelab Sciencess aktif dalam memperjuangkan bidang seni dan warisan. Ini dapat dilihat melalui penglibatan mereka dalam aktiviti seni seperti drama, tarian, teater dan beberapa persembahan seni lain.
"Baru-baru ini, mereka terlibat konsert kebudayaan sempena I-Quest di UIA Kuantan dengan mempersembahkan tarian sewang iaitu tarian tradisi masyarakat Orang Asli Pahang” katanya.
Sementara itu, ketua projek tarian sewang, Mohd Fardy Ibrahim berkata, latihan bagi sesebuah persembahan selalunya dibuat pada waktu malam atau ketika semua ahli tidak sibuk dengan kuliah.
"Kami memilih tarian sewang kerana ia adalah tarian tradisi masyarakat Orang Asli di negeri ini dan mahu mengangkat budaya warisan supaya tidak pupus.
"Kami juga mahu memperkenalkan budaya warisan kita kepada masyarakat luar terutama pelajar antarabangsa yang belajar di negara kita. Aktiviti seperti ini sebenarnya bertujuan untuk mengisi masa lapang dan minat pelajar. Bagi mereka yang rasa tidak ada saluran untuk menunjukkan bakat, kelab ini mereka dapat mengetengahkan bakat yang ada.
"Selain itu, Kelab Sciencess turut mengambil berat kebajikan pelajar atau ahlinya. Jadi, semua pelajar sains boleh menyertai kelab ini” ujarnya.
No comments:
Post a Comment